Sunday, December 20, 2009

sbagai renungan bersama..

post ni aku copy dr blog hasanah..sbgai renungan smua..insyaALLAH..

* Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
* Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
*Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
*Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
*Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
*Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
*Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
*Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
*Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
*Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
*Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
*Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
*Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
*Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
*Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
*Wasalam 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

No comments: