Sunday, August 29, 2010

serabut

salam,
actually aku dh lupa aku nk cta apa, slalu kalo bosan2 tgh stdy byk je idea nk mqapu kt sini, aish la, mmg insan pelupa btoi..

ok2, meh la cta pa jd kt aku skrg..idop tgh tunggang langgang skrg, semua gara2 midterm..ai la, bsusun exam, x tau nk bc yg mna, smua pon qsa nk bca, tp bla bca FIE, tringt UNGS plak..ai la..

dok sebok2 stdy, tba muntal ajak kluar, dgn x sngaja aku pon kluar..p Wangsa Walk ja k..x smpai TS or KLCC pon, dkat ja..hahahah..itupon smpat lg aku mlengah2 kn diri bsandiwara kt situ, pusing2 dlm Cold Storage sbyk bberapa kali sbb nk tgk akak spontan ( sh. shahira)shopping ngn husband dia..then, balik lwat sbb nk tunaikan pmintaan malin nk mkn Piza...

esok exam math, rabu UNGS, kamis FIE then jumaat balik..x sabaq nya nk balik..rndu semua org..dkt 2 bln x blik umah, rindu adik....huhuhuuhuhu


rindu nk antar dia p skola, rndu nk kena marah ngn dia sbb amik dia lmbt, rndu dia pgl kakak (satu2 nya adik yg pgl aku kakak), rindu nk teman dia makan, rindu nk kacau dia tgk garfield, rindu nk gaduh ngn dia...ahhh, lmbt nya nk balik..rindu ADIK...huhuhuhuhu

sekian, terima kasih...


Thursday, August 26, 2010

no title

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , ada pendapat - menyarankan satu program atauprojek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

TaysirAz Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluanmanusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala Firman Allah swt yang bermaksud : dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui. An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan

* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma

* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan

* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan

* Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalambahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu : * Suami * Isteri * Wali * Saksi * Aqad [ Ijab Qabul ] cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] : * Masih menuntut di kolej atau uniersiti * Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah * Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali[serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] .Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama IslamJohor. Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukharidan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempohyang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apayang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] .

Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak kelua rrumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimana pun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


p/s- aku copy n paste je k..tba2 trtarik ngn artikel ni...

Thursday, August 19, 2010

BBQ

salam, ari slasa ari tu bdk2 wataniah ccwt1062 rncg nk bt BBQ, last min rancang, tp alhamdulilah, bjaya la..semua puas ati.. =)
credit utk YDP , Mohammad Kamal b. Bashir krna btungkus lumus rncg semua ni..
dsebabkn last min, so tmpt yg plg sesuai ialah blkg Kafe Salahuddin je..


ni la menu utama

tmbah sosej n jejari ketam

nasi goreng pon ada

tembikai n snek..

here we are..

tukang masak yg terer, bsama pmbantu2..

puasa pon da latihan watadance,
" jgn malas skuad " kata umar kt depan

tp yg best lpas ltihan dpt mkn free, yeah!!!
k la, c u..

Sunday, August 15, 2010

puasa

salam ramadhan,
alhamdulilah, dh 5 ari posa, penuh smngt posa, bbuka beli kt bazar, sahur malin masak utk ktorg 1 blik, hehhhe, thanx malin...trawih plak kt mph salahudin, kt sni slalu bt 8 rakaat ja, lpas 4 rakaat da tazkirah, pastu smbg bt trawih lg 4 rakaat..

ok, xtvt aku mggu ni

jumaat

bbuka kt KFC, KLCC
yeah, sgt sronok, bbuka ngn bdak2 wataniah yg sengal2...
wlaupon x semua yg ikot tp tetap njoy..


aku, malin n kinah
rumet ku semua ni, ops, nurul x da, dia tlg amik pic..=)


pabila prebet wataniah btukar jd bdak2 x ckup umur..


mu buddy, nur amalina maria bt mohd hatta
bak kata staf wan, buddy sehidup semati..
aku dh bjaya transform malin dr minah suci, ayu dan lemah lmbut kpd prebet wataniah yg slalu nyakat org n byk ckp..heheheh, serta sudah pndai langgar peraturan..kuikuikuikui..

sabtu

lpas abis klas wataniah, aku gerak p UM jmpa my BFF,

farahiyah =)

lpas amik aku kt stesen U, dia bwa aku p Mid Valley, lyanan 1st klas oooo..siap beli piza utk aku lg...dh 2 bwa p bazar ramadhan, beli nasi kerabu plak, sakan aku bbuka smlm..
lpas trawih dia ajak p i-city plak, wor sgt2 excited..


sgt excited cr lampu kt atas kpala, rm8 pon sggup sbb nk dpt bnda comel 2..hehehhehe
lpas 2 p mkn kt dataran smbil tgk tv...

ahad

tghari td lpas bwa aku jln2 kt UM, farah pon antar aku balik, tp smpai stesen u je la...bila smpai uia td, aku pon tidoq smpai x sedaq diri, sbb sakit kaki...

the end

Friday, August 13, 2010

aku & wataniah

salam, lama x mnjenguk kt sini, ngak ada masa dong, bz aja ari2..=)
yo la sgt bz, bz mmbuta..aku selsema skrg, so asyik tdoq ja...

actually kali ni nk cta bout Ibadah Camp yg tjadi weekend lepas...
dh lma nk update tp x da pic, so ayik tangguh2 ja..

ok, kem ni start kamis mlm kt uia, da open ceremony + ceramah slot 1, then msuk aqi ke2, iaitu jumaat kmi btolak p Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka, lps jumaat btolak dr gombak, so ptg smpai, mlm 2 xtvt simple je, ice breaking, Cik Nazri, trainer Suksis yg handle, just melukis n lwn bom..(sapa yg slalu p kem tau la smgt men bom cm na)..lbh kurg pkol 11 dh bleh tidoq..

x dan nk mimpi pon, pkol 2 dh kna bgn, da Night Walk, huhuhuhuhu..pjlnan mlm 2 x takot sgt, tp bila dh bhenti kt dpn jerat cina, tapacak gk la bulu roma kn..then lpas 2 kna lpas 3 org, aku, malin n fatin, (bdk laki jln 4 org, x aci btoi)..ah, bila dh 3 org ja jln, mcm2 la yg muncul nk takot kn kami, yg putih la yg itam la, yg bgntung la, yg mlompat la...hm, dh nmpak kompom la mnjerit, bila bhnti kt checkpoint, Pak Leh ( kem komamnden) tgoq muka aku pucat, mmg la weh, bila kita x tau halangan yg ada, kita msti akn takot, tp bila kita dh lalui, kita akn anggap smua 2 besa ja, lpas 2 Pak Leh squh aku jln sesorg, mula2 2 cuak jgak, tp dh kna sergah td, x da la takot pon, aku siap bleh smbg ngn lembaga 2 lg smbil jln..hahahhaha..bila ingt blik, msti qsa nk gelak...

lpas blik jln2 ngn lembaga, da qiyam plak, mmg kompom tsengguk2 wktu solat la kn..tdoq 2 jam ja..tgh syoq solat ujan plak, sso semua pon belari-larian mnyelamatkn brg masing2, ah lupa plak nk ckp yg kami tdoq dlm khemah, aku, kinah n sue..then pg sabtu yg indah dpenuhi dgn talk ( aku x tau talk pasai apa, sbb tsengguk2 phm ja apa ust ckp kt dpn)..

then ptg 2 da xtvt bkayak, sblom bkayak kna la bt kayak sndri dlu n ada sesi water confident..kang jd pa2, sng la nk slmt kn diri..aku dh pnah bkayak dlu, so x da la teruja sgt nk men..hehehehe..malas cta pnjg, tgk pic jela eh..

mlm 2 plak da mlm psembahan, group aku bt sketsa,
besh wor, semua blakon spontan ja..aku jd Puan Besar (pgawai tntera la konon nya)..mmg trbaik la, semua pnonton support lakonan kmi, trainer pon asyik gelak2 sakan, credit utk Afiq yg mmg pndai blakon n semua group aku..sblom blakon kami dh dijamu dgn BBQ ikan patin, tbaik lah..

next day, start ngn qiyam then riadah aka PT (fizikal training), then bfast n dgr talk lg, lpas tu xtvt yg lg besh, Obstacle run n One Team One Spirit,
besh gla, mula2 kna bt halangan mcm kt kem tntera lpas tu kna terapung gna pelampung aka tayar lori keliling danau 2..besh sgt2..qsa nk p men skali lg ja...then bsiap blik gombak.
.

bye lambaian danau..

p/s- my latest pic with wataniah members..



Wednesday, August 4, 2010

award

salam, yeah2 dpt award...


award dr MUN , thanx muntal...

5 org yg aku rase ada nilai2 persahabatan yang baik dalam dunia blogging..

dgn bangga nya aku pon nk bg award ni kt mun , atie , munie , nana n fyrdause..

Apa nilai persahabatan yg ada pada setiap pada 5 org ni???

mun
dia dpt award ni sbb ja mnusia yg slalu komen blog aku..dan dia jga la playan sgala bebelan aku yg ntah apa2..( aku pon kna lyn dia mqapu jga)...

atie
aku bg award ni kt dia sbb 1. nk ole2 dr jakarta 2. sbb slalu pnjam brg dia 3. sbb aku slalu buli dia

munie n nana
ni plak kekasih aku dr zaman skola, yg dh tlebih phm prangai aku..kalo dlu depa kna than telinga dgr aku ngarut psai bdk2 kt skola, n smpai skrg pon depa jga la yg lyn aku ngarut kt blog ni tnpa rasa jemu n bosan..

fyrdause
org ni slalu komen blog aku, so jgn tnya lbh2 napa dia dpt jga award ni..

p/s- mun kalo kau x puas ati dia dpt award ni??ni jwpn utk kau (ni blog aku, suka ati aku la nk bg kt sapa pon)

perkara paling hebat pernah korang buat sebagai sahabat

aku qsa yg plg hebat aku pnah bt ialah dgn mmbiar kn kwn aku melepak blik aku dgn hati yg terbuka, n aku x ksah pon dia ltak comforter dia kt blik aku ( sbb aku bleh guna jga)..

dh2 la ngarut, aku sbnr nya x da idea nk taip, otak tgh sewel skit sbb idop aku smakin beserabut skrg..apa yg aku taip kt atas x da tlintas niat nk sakit kn ati sesapa pon k..just 4 fun ( tp award 2 btol2 aku bg) amik la yer..




Thursday, July 29, 2010

hype,
dh lma x update kn???tenet kt sni tenat la, malas aku nk on9, bt sakit ati ja..sorry la yer..
ok meh nk cta, weekend lpas aku jln2 sakan lg, hahahahaha(gelak jahat)..ari jumaat aku, malin, n 2 3 org bdk2 wataniah p serbu Pertama Complex cr pa yg patut utk uniform..alang2 dh smpai Jln TAR, aku ngn malin ronda SOGO, tetiba jmpa tshirt murah, apa lg rambang mata la dok pilih2..aku rembat 2 helai..hahahahahah, malin pksa aku amik wrna merah sbb aku syik bli tshrt biru ja..redha jela, kalo x dia bsing..then p jln kot area byk2 kedai kt msjid jamek, hohohoho, aku dgn x sngaja nya terbeli 1 selipar..gila ah, niat nk p beli kasut utk baris pg ja, tp len plak yg aku angkut bwa balik..

sbtu plak bdk2 ni ajak aku p kenduri kawen clasmate aku, Shakila n Kholdun..best wor, konvoi 10 biji keta p Rawang, mmg nsib kami semua bek sbb akak atie bg dia pnjam keta..hohoho.yeah, besh2, tema dia PINK so, aku pon tpksa pkai pink..jeng2..hahaha...sweet la kisah cnta diorg, diorg jmpa kt Mekah, then laki 2 suka Shak n nk ubah dia..mcm dlm drama kn??hehehehe..


lpas dh knyg perut mkn, driver ckp nk p PUTRAJAYA, uih jauh kot, last minit tkaq plan p Sunway Pyramid..dh alang2 kot area 2 aku mnta atie antaq aku p Bukit Jalil, abah da prog kt sna, terbaik la, mlm 2 aku dpt tgk 'Shadow Play Seri Asun' aku mmg minat bnda2 ni, bleh gelak2, ilg tension, aku ngn abah je la mlm 2 tgk wyg kulit..then abah ajak tidoq hotel, yeah ni yg aku suka..dpt la aku dok semalam kt KL international..

k l nk stdy..daaa